Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi kanak-kanak yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di jalan Ukay Perdana, di Ampang ditangguhkan berikutan keadaan gelap di lokasi kejadian.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, SAR ditangguhkan pada 9 malam tadi dan akan bersambung pada 7.30 pagi Ahad.